Wikipedia
Search results
Tuesday, October 28, 2014
Monday, October 27, 2014
Android 'Lolipop'
SAN FRANCISCO: Google melancarkan varian lebih besar dan mahal telefon pintar dan tablet Nexus bagi menarik perhatian pengguna lebih mewah yang dipercayai membeli setiap generasi baharu iPhone dan iPad keluaran Apple Inc.
Google juga melancarkan peranti penstriman video dan muzik baharu, Nexus Player untuk bersaing dengan beberapa keluaran syarikat lain terutama Apple TV dan Roku.
Barisan produk baharu yang diumumkan malam tadi adalah langkah terbaharu dipersembahkan Google untuk meningkatkan daya saingnya kepada Apple dalam segmen pasaran peranti mudah alih.
Sistem operasi (OS) Google Android dan Apple iOS kini adalah perisian yang paling banyak digunakan telefon pintar dan tablet dunia.
Produk baharu Nexus berkenaan yang dijadual berada di pasaran bulan depan, akan turut bersaing dengan pelbagai model telefon pintar dan tablet lain yang menggunakan OS percuma, Android termasuk peranti pintar popular keluaran Samsung Electronics.
Kedua-dua peranti Nexus berkenaan akan menggunakan OS Android versi terkini. Perisian terbaharu itu dikenali "Lollipop".
Pelancaran produk baharu Google malam tadi adalah sehari sebelum Apple yang dikatakan akan membuat pelancaran versi baharu iPad, peranti yang sudah mengubah pasaran tablet sejak dilancarkan pada 2010.
Tablet terbaharu Nexus 9, dikilang oleh HTC, datang dengan skrin sembilan inci, dua inci lebih besar berbanding versi sebelum ini. Peranti itu dibangunkan dengan kos lebih tinggi, justeru dijangka dijual pada harga dari AS$399 (RM1,306), 74 peratus lebih mahal. Bagaimanapun, harga itu adalah AS$100 (RM327.36) lebih rendah berbanding harga asas iPad Air dengan skrin 10 inci.
Telefon pintar baharu Google pula dikenali Nexus 6, ditampilkan dengan skrin 6-inci, lebih besar daripada paparan 5.5 inci iPhone 6 Plus yang mula dijual bulan lalu.
Nexus 6 akan dijual pada harga dari AS$649 (RM2,124) tanpa kontrak. Harga itu adalah AS$300 (RM982) lebih mahal daripada Nexus 5 dengan skrin 5-inci.
Peningkatan ketara harga adalah perubahan strategik bagi Google untuk 'mencuri' lebih ramai pelanggan Apple yang mampu membayar untuk peranti canggih, walaupun harganya tinggi berbanding yang lain.
Sehubungan itu, Google menyasarkan siri telefon pintar dan tablet Nexus untuk kumpulan mewah manakala bagi pelanggan yang mementingkan bajet, peranti pintar siri Android One pada harga sekitar AS$100 (RM327) tersedia untuk mereka. Buat permulaan, Android One sudah dilancarkan di India bulan lalu.
Pra-tempahan untuk Nexus 9 dan Nexus Player dibuka esok sebelum mula dijual di gedung pada 3 November. - AP
Malaysia, Vietnam berentap tentukan juara Bola Sepak Pantai AFF
KUANTAN: Malaysia dan Vietnam akan berentap bagi menentukan juara Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF pada perlawanan akhir di Pantai Teluk Chempedak di sini, Rabu ini.
Dua pasukan itu berjaya menempah slot ke perlawanan akhir selepas menundukkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir hari ini dengan Malaysia menewaskan Thailand 3-2 manakala Vietnam menewaskan Laos 3-2.
Dalam suku pertama perlawanan Malaysia-Thailand, kedua-dua pasukan tidak menjaringkan sebarang gol namun, Thailand mendahului 1-0 menerusi jaringan Tanandon Praracha pada minit ke-11 suku kedua.
Malaysia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-4 suku ketiga perlawanan menerusi jaringan Mohd Hasrol Ali sebelum Thailand kembali di hadapan dengan 2-1 kira-kira enam minit kemudian menerusi Tanandon.
Serangan balas yang diatur pemain negara bimbingan Wan Adremy Indera Wan Adnan sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-11 menerusi jaringan Khairul Azizi Norwawi.
Gol kemenangan Malaysia dihasilkan oleh Alias Halib pada minit ke-14 masa tambahan dengan keputusan berkesudahan Malaysia mengatasi Thailand 3-2.
Dalam perlawanan Vietnam-Laos pula, Bui Tran Tuan Anh muncul wira Vietnam selepas meledakkan jaringan hatrik pada suku pertama minit ke-3 dan suku ketiga minit pertama dan kedua.
Jaringan Laos pula diperoleh menerusi Thinnakone Vongsa pada suku pertama minit ke-10 dan Chiu Nonmany dalam suku kedua minit ke-10.
Malaysia akan berdepan dengan Vietnam bagi penentuan tempat pertama dan kedua pada 4.30 petang Rabu ini manakala tempat ketiga dan keempat akan ditentukan menerusi perlawanan Thailand dengan Laos pada 3 petang hari sama. - Bernama - Berita Harian
Senarai nama pemain Chelsea 2014-2015
Goalkeeper | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Petr Čech | Czech Republic | 20/05/1982 | |||
13 | Thibaut Courtois | Belgium | 11/05/1992 | |||
23 | Mark Schwarzer | Australia | 06/10/1972 | |||
Defender | ||||||
6 | Nathan Aké | Netherlands | 18/02/1995 | |||
28 | Azpilicueta | Spain | 28/08/1989 | |||
24 | Gary Cahill | England | 19/12/1985 | |||
31 | Andreas Christensen | Denmark | 10/04/1996 | |||
3 | Filipe Luís | Brazil | 09/08/1985 | |||
2 | Branislav Ivanović | Serbia | 22/02/1984 | |||
26 | John Terry | England | 07/12/1980 | |||
5 | Kurt Zouma | France | 27/10/1994 | |||
Midfielder | ||||||
47 | Lewis Baker | England | 25/04/1995 | |||
4 | Cesc Fàbregas | Spain | 04/05/1987 | |||
10 | Eden Hazard | Belgium | 07/01/1991 | |||
21 | Nemanja Matić | Serbia | 01/08/1988 | |||
12 | John Mikel | Nigeria | 22/04/1987 | |||
8 | Oscar | Brazil | 09/09/1991 | |||
7 | Ramires | Brazil | 24/03/1987 | |||
17 | Mohamed Salah | Egypt | 15/06/1992 | |||
22 | Willian | Brazil | 09/08/1988 | |||
Forward | ||||||
19 | Diego Costa | Spain | 07/10/1988 | |||
11 | Didier Drogba | Ivory Coast | 11/03/1978 | |||
18 | Loïc Rémy | France | 02/01/1987 | |||
14 | André Schürrle | Germany | 06/11/1990 | |||
35 | Dominic Solanke | England | 14/09/1997 | |||
Manager | ||||||
José Mourinho | Portugal | 26/01/1963 | ||||
Ass. Manager | ||||||
Steve Holland | England | 30/04/1970 | ||||
José Morais | Angola | 27/07/1965 | ||||
Goalkeeper-Coach | ||||||
Christophe Lollichon | France | 02/03/1963 | ||||
Silvino | Portugal | 05/03/1959 |
Subscribe to:
Posts (Atom)