Wikipedia

Search results

Saturday, January 29, 2011

The Reds Warriors tambah koleksi trofi selepas Piala Malaysia, Emas Raja-Raja


KELANTAN menyambung pesta mereka sejak menjuarai Piala Malaysia, Oktober lalu untuk terus membuktikan barisan bergelar The Red Warriors itu kini sudah mula memperagakan kelibat garang menjadi kuasa baru bola sepak negara.
Malam tadi, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka menang 2-0 mengatasi Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam.
Kejayaan itu membutirkan skuad bimbingan Datuk M Karathu gelaran kedua dalam tempoh tiga bulan.

Pertembungan dua pasukan gergasi itu turut dipalit insiden baling botol air dan mercun oleh penyokong sehingga mengakibat perlawanan tergendala kira-kira 10 minit pada minit ke-62. Namun, secara keseluruhan saingan itu berlangsung dengan menarik dan pengadil, Mohd Yusof Mat Karim hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Kelantan.

Pelawat jelas tidak hilang sengat dalam menguasai permainan dengan bantuan sorakan ribuan penyokong dalam warna merah-putih buat mencipta derita Selangor pimpinan K Devan yang hampa di halaman sendiri melihat lawan pulang dengan trofi itu buat julung kali.

Impian peminat Merah Kuning melihat Safee Sali - penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF- membolosi gawang lawan jelas menghampakan ketika benteng Red Warriors seperti sudah diarah Karathu mengekang penyerang prolifik itu

No comments:

Post a Comment