Wikipedia
Search results
Thursday, May 19, 2011
Kelantan Kembali Ke Puncak Liga; T-Team Tewaskan Selangor Lagi
Kelantan kembali ke puncak Liga Super selepas menewaskan Felda United 3-1 di Cheras semalam.Kelantan membuka jaringan menerusi kapten pasukan Badhri radzi yang menerima hantaran cantik Daudsu. Kesilapan pemain Felda Rashid Mahmud tertampan bola ke gawang sendiri memberikan kelebihan 2 gol kepada kelantan. Felda merapatkan jurang memerusi gol dari Hasmarul sebelum Norshahrul mengesahkan kemenangan Kelantan menerusi gol dari sepakan Penalti.
T-Team sekali lagi berjaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Selangor apabila menang 2-1 di Kuala Terengganu. T-Team berjaya mendahului menerusi jaringan Norfarhan. Safiq Rahim kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan. Indra Putra muncul wira menjaringkan gol kemenanagan buat T-Team.
Pasukan 'abang' T-Team, Terengganu juga mencatat kemenangan 2-1 keatas Harimau Muda A dengan Abdul hadi dan Ashaari Samsudin mencatat nama sebagai penjaring. Jaringan saguhati Harimau Muda dijaringkan Ferris Danial. Pahang pula terus dirundum malang. Kali ini kalah 2-0 kepada Kuala Lumpur di tempat sendiri. Jaringan Kuala Lumpur dilakukan oleh Hazwan Bakri dan See Kok Luen.
Lain-lain perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1. Gol Negeri Sembilan dijaringkan Shahurain Abu samah dan Shukor Adan manakala Riduwan Maon menjaringkan gol tunggal Johor FC. Perak pula terikat 1-1 dengan sabah. Shahrulnizam Mustafa menjaringkan gol pendahuluan sebelum Rozaimi menyamakan kedudukan buat Sabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment