Wikipedia

Search results

Monday, August 8, 2011

Berpuasa

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Kali ke-3 aku berpuasa di negeri orang dan aku rasa tahun pertama kali aku beraya di negeri orang pula. Awal - awal puasa ni memang tiada apa - apa akan berlaku. tetapi bila hampir nak raya aku sendiri oun tak tahu ape akan terjadi. Bukan aku tak mahu balik beraya bersama abah dan emak aku, tetapi kehabisan tiket serta kekangan lain yang membuat aku ambil keputusan ni.

Tipu la kalau aku tak rindu masakan emak. Betul kata orang, bila kita dah ada anak baru kita akan mengerti perasaan rindu dan sayang pada seorang anak seperti juga ibu bapa kita. Tapi ye lah, kini aku sebagai ketua keluarga perlu membuat keputusan yang tepat dalam segala perkara. Keputusan telah diambil dan kini aku perlu bersama dengan isteriku mengharungi setiap cabaran ini, tambahan pula Mohamad Hadwan Hakim sudah menghampiri 1 tahun 6 bulan. jadi kerenah budak - budak dia makin nakal lah. Kadang - kadang semasa peringkat umur ini lah orang tua suka, tapi apa boleh buat tunggu akhir tahun la baru datuk dan nenek dia baru dapat jumpa dia.

Saturday, July 23, 2011

Kekalahan 1st Leg di Stadium Jalan Besar.

Akhirnya setelah menjamu selera dengan pertemuan persahabatan dengan kelab EPL iaitu Arsenal dan Liverpool, akhirnya Malaysia berjaya menghasilkan 3 biji gol manakala DITEMBUSI 5 BIJI GOL. Ape cerita ni? Adakah ini yang kita mahukan selepas melabur banyak untuk persahabatan tetapi menghasilkan hasil yang mengecewakan.

Kekalahan 5-3 kepada skuad Singa ini amat serius dan perlu diteliti dengan sebaik2nya oleh pengemudi Harimau Malaya. Bukan sahaja saya malahan berjuta penyokong kecewa dengan permaianan skuad Malaysia semalam (23.7.2011).

Yang paling mengecewakan adalah bahagian pertahanan negara, sejak dari perlawanan dengan Taiwan lagi mereka telah menunjukkan aksi yang mengecewakan. Semasa perlawanan persahabatan mereka sekali lagi menunjukkan aksi yang amat mengecewakan.
Semasa perlawanan semalam ramai dapat melihat bagaimana permainan mereka. Senang sahaja bola melepasi mereka, tak kan terkedu dengan serangan pihak lawan.....? Lawan dengan kelab EPL ada berani pulak buat bentesan tapi semalam mereka seperti takut dan terkejut.

Pemain Singapura berusia 40 tahun mampu melepasi mereka tang rata-rata berusia 25 tahun. Bukankah itu pelik????



Tan Sri Annuar Musa yang pergi melihat aksi Harimau Malaya semalam juga meluahkan rasa kecewa dengan persembahan semalam. Saya berharap pemain pertahanan kita menyedari kesalahan dan kesilapan mereka demi negara kita.

Saturday, May 21, 2011

Liga Super 22 Mei 2011

Sabah 20 : 15 PBDKT T-Team
Johor FC 20 : 45 Perlis
Terengganu 20 : 45 Negeri Sembilan
Harimau Muda 20 : 45 Kelantan
Kedah 20 : 45 Kuala Lumpur
Pahang 20 : 45 Selangor
Felda United 20 : 45 Perak

Harap - harap TRW dapat mengekalkan rentak kemenangan. Bukan sahaja demi pasukan malahan demi peminat yang tidak pernah putus - putus memberi sokongan, tidak kisah dimana sahaja perlawanan diadakan.

Thursday, May 19, 2011

Kelantan Kembali Ke Puncak Liga; T-Team Tewaskan Selangor Lagi


Kelantan kembali ke puncak Liga Super selepas menewaskan Felda United 3-1 di Cheras semalam.Kelantan membuka jaringan menerusi kapten pasukan Badhri radzi yang menerima hantaran cantik Daudsu. Kesilapan pemain Felda Rashid Mahmud tertampan bola ke gawang sendiri memberikan kelebihan 2 gol kepada kelantan. Felda merapatkan jurang memerusi gol dari Hasmarul sebelum Norshahrul mengesahkan kemenangan Kelantan menerusi gol dari sepakan Penalti.

T-Team sekali lagi berjaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Selangor apabila menang 2-1 di Kuala Terengganu. T-Team berjaya mendahului menerusi jaringan Norfarhan. Safiq Rahim kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan. Indra Putra muncul wira menjaringkan gol kemenanagan buat T-Team.

Pasukan 'abang' T-Team, Terengganu juga mencatat kemenangan 2-1 keatas Harimau Muda A dengan Abdul hadi dan Ashaari Samsudin mencatat nama sebagai penjaring. Jaringan saguhati Harimau Muda dijaringkan Ferris Danial. Pahang pula terus dirundum malang. Kali ini kalah 2-0 kepada Kuala Lumpur di tempat sendiri. Jaringan Kuala Lumpur dilakukan oleh Hazwan Bakri dan See Kok Luen.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1. Gol Negeri Sembilan dijaringkan Shahurain Abu samah dan Shukor Adan manakala Riduwan Maon menjaringkan gol tunggal Johor FC. Perak pula terikat 1-1 dengan sabah. Shahrulnizam Mustafa menjaringkan gol pendahuluan sebelum Rozaimi menyamakan kedudukan buat Sabah.

Wednesday, May 18, 2011

Kelantan akan bina stadium muat 40,000

Ini lah

Inilah antara lakaran awal yang telah ditunjuk kepada umum. Sebuah stadium yang dapat memuatkan sehingga 40 000 orang penonton. Jika ini benar2 dapat di realisasikan memang akan mengemparkan seluruh Malaysia. Negeri Kelantan yang selama ini dikatakan sebuah negeri yang miskin oleh kebanyakan orang dapat membina sebuah stadium yang besar meskipun ditadbir kerajaan PAS.
Saya, sendiri amat teruja dengan berita terbaru ini. Dikatakan stadium baru ini akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh diatas tanah hak milik kerajaan negeri. Menurut YB Menteri Besar Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.
"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini." 18 Mei 2011.

Saturday, March 19, 2011

EUFA CHAMPION LEAGUE

memang gempak gler la team2 kecik ni mcm Tottenham Hospur dapat masuk suku akhir...

Kawan

hahaha....

Sekarang umur aku 27? betul ke ni?
tp memang tu la ape yang selalu aku rasa, tp orang lain pun sama mungkin.
kini kawan baik aku dh nak kawen, dengar cite bulan 6. tp lau kawan baik asal aku xtau bila tarikh kawen dia. yang pasti dh lama xberhubung sejak aku kawen 2008. ye la, lau dh kawan kite tu pompuan walau kawan baik mcm mana pun dah kawen mmg lost contact la.

yang pasti aku xkan lupakan kawan aku sorang ni, cuma jangan kawen pada ari lahir aku dh(dlm nada marah). huhuhu

xkisah la, aku rasa xadanya dia nk jemput aku kot. ye la, dh aku kawen xjemput dia. huhu

aku cuma mengharap dia bahagia hingga akhir hayatnya.... jangan risau aku xakan lupakan kawan aku sorang nih.... hehehe

"DON'T WORRY BE HAPPY" - FRIENDS FOREVER N EVER N EVER....

Tuesday, March 15, 2011

Jepun 10 Mac 2011

MasyaAllah.... adakah ini pembalasanMU atau adakah ini sebagai petunjukMU.
tetapi ini ialah realiti yang menimpa sebuah negara yang lebih maju dari kita. sebuah negara yang dikatakan mempunyai struktur bangunan yang dapat bertahan dengan gempa bumi akhirnya rebah dilanda bencana alam....




ia bermula dengan gegaran gempa bumi yang terbesar selama 150 tahun, diikuti beberapa gegaran berikutnya. kemudian ditimpa tsunami setinggi 30 meter. yang mana dijangka seramai 30 000 orang dikhuatiri terbunuh dan hilang. kejadian ini bukan sahaja menggemparkan negara matahari terbit itu tetapi juga seluruh dunia. akibat daripada gempa bumi sahaja telah menyebabkan banyak bangunan rosak dan terbakar, serta yang terkini letupan pada logi janakuasa nuklear Jepun. kini dikatakan kesan radioaktif telah mula bocor.



marilah kita sama - sama berdoa agar penduduk di kepulauan matahari terbit selamat walaupun pelbagai bencana telah dan sedang menimpa mereka. diharapkan semua selamat. amin...

Monday, February 14, 2011

Pesanan Terakhir Rasullullah

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Wednesday, February 2, 2011

Torres permata baru Chelsea

Setelah sekian lama Chelsea tidak ada penyerang yang muda dan berwibawa. Akhirnya Torres telah mengakhiri badi tersebut. Walaupun pembelian Torres adalah antara yang termahal, tetapi ia dianggap perbelanjaan berbaloi bagi kelab ini.
Torres yang sebelum ini telah mengukir nama disebuah kelab di Sepanyol, telah berubah angin dengan berpindah ke Liverpool dan kini dia menggunakan peluang untuk beraksi di Champion League dengan menerima pelawaan Chelsea sebanyak 50 juta euro.

Saturday, January 29, 2011

The Reds Warriors tambah koleksi trofi selepas Piala Malaysia, Emas Raja-Raja


KELANTAN menyambung pesta mereka sejak menjuarai Piala Malaysia, Oktober lalu untuk terus membuktikan barisan bergelar The Red Warriors itu kini sudah mula memperagakan kelibat garang menjadi kuasa baru bola sepak negara.
Malam tadi, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka menang 2-0 mengatasi Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam.
Kejayaan itu membutirkan skuad bimbingan Datuk M Karathu gelaran kedua dalam tempoh tiga bulan.

Pertembungan dua pasukan gergasi itu turut dipalit insiden baling botol air dan mercun oleh penyokong sehingga mengakibat perlawanan tergendala kira-kira 10 minit pada minit ke-62. Namun, secara keseluruhan saingan itu berlangsung dengan menarik dan pengadil, Mohd Yusof Mat Karim hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Kelantan.

Pelawat jelas tidak hilang sengat dalam menguasai permainan dengan bantuan sorakan ribuan penyokong dalam warna merah-putih buat mencipta derita Selangor pimpinan K Devan yang hampa di halaman sendiri melihat lawan pulang dengan trofi itu buat julung kali.

Impian peminat Merah Kuning melihat Safee Sali - penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF- membolosi gawang lawan jelas menghampakan ketika benteng Red Warriors seperti sudah diarah Karathu mengekang penyerang prolifik itu

Wednesday, January 26, 2011

Permata Negara campur urusan kementerian lain

Dr Rajiee Hadi

DALAM bajet 2011 yang diumumkan Oktober lalu, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini memberi peruntukan sebanyak RM111 juta daripada Perbendaharaan kepada projek Permata Negara (PN) 2011 yang dipromosikan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), alangkah bagusnya mententeramkan jiwa generasi muda agar boleh menumpukan pengajian sepenuhnya tanpa memikirkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.

Projek PN disasarkan untuk melatih kanak-kanak yang dikatakan pintar di peringkat prasekolah. Projek ini seolah-olah mempertikaikan atau memperlekehkan program prasekolah yang kini telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Bahkan program prasekolah juga telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM) di bawah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.

Program PN seolah-olah kelangsungan kelas lompat kanak-kanak pintar yang terpaksa dibatalkan pelaksanaannya setelah projek printisnya menemui kegagalan semasa Najib Razak selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Apakah ini adalah manifestasi kelangsungannya semula?

Projek PN juga memberi impak pada jangka masa panjang. Apa tidaknya, ini melebarkan kelas sosial dalam struktur masyarakat. Walhal Falsafah Pendidikan Negara itu mahu merapatkan segala jurang perbezaan yang mana menuju ke arah perpaduan. Kita tidak mahu projek ini memisahkan dunia kanak-kanak dengan dunia realti sebenarnya.

Bahkan harus diingat; pendidikan itu proses sepanjang hayat. Pintar di tahap permulaan bukanlah bermakna penentu di penghujungnya. Jangan kerana nafsu besar golongan dewasa, anak-anak kecil diajar dengan taraf kelas sosial antara yang kaya dengan miskin, yang di bandar dengan luar bandar, anak-anak menteri dengan anak pembantu am rendah,yang pintar dengan yang lembam dan sebagainya.

Projek PN juga bagaikan mencampuri urusan pendidikan yang sepatutnya di bawah seliaan KPM. Kita tidak mahu kerana campur tangan banyak pihak, anak-anak kecil akan menjadi mangsa perlumbaan, pergelutan dan pergeseran dek politiking pihak atau individu yang berkepentingan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

Pemain Red Warriors dapat RM200,000

Pemain Red Warriors dapat RM200,000

Saturday, January 22, 2011

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Aku dan Dia

Selama 3 tahun kami bersamam, walaupun ia dikatakan baru tetapi kami telah melalui pelbagai perit dan dugaan. Aku sendiri tidak menyangka kami telah berkahwin selama 3 tahun. hahaha
Bila difikirkan semula rasa ingin ketawa sendiri pun ada. Ya lah, zaman bercintan cintun dulu macam - macam orang kata tentang hubungan kami ni. Tetapi walaupun ribut melanda, insyaAllah kami akan lalui dengan penuh sabar.
Akhirnya kami telah menerima seorang cahaya mata lelaki yang cute lagi hensem. hehehe
Terima kasih sayang. Selama 2 tahun kami tinggal berasingan, kalau cuti baru aku dapat jumpa dia, ya lah aku mengajar di Sarawak manakala dia si kampung (Kelantan). Tetapi, kini kami tinggal bersama dan kami akan harungi setiap badai yang melanda bersama - sama. Harapan agar kami dapat hidup aman sehingga akhir hayat kami. InsyAllah.... Wassalam....

Banjir

Aku datang kali kedua untuk banjir. Pertama semasa aku mula - mula posting, kedua tahun ini ketika aku membawa anak dan isteriku bersama.
Aku hanya bercerita kepada semua, tetapi bukan untuk menyesali kejadian Illaihi.
Siapa sangka, tahun ketiga aku disini aku telah melalui 2 banjir besar. Pada 2009 dan sekarang 2011.
Tapi aku menganggap semua ini adalah dugaan semata ingin menguji kesabaran ku. Cuma apa yang merisaukan aku ialah anak aku yang baru mengenali dunia dan sedang ingin "berbuas" bak kata orang kampung aku. haha
Memang tidak dijangka, sekolah aku pun tutup selama seminggu kerana dinaiki air/bah. Aku hanya dapat berdoa agar kejadian banjir seperti 2009 tidak berulang lagi pada kali ini.




Ni la keadaan umah pada  hari kedua banjir sebelum gelombang lebih besar pada malam tersebut. tetapi aku tidak dapat bertahan lalu aku membawa anak dan isteriku ke bandar miri untuk semalaman.
Tetapi hari ni, 22/01/2011 aku telah nekad untuk berpindah ke rumah yang lebih tinggi. Kerana tak sanggup aku melihat anak aku meronta agar dapat bermain.
Apa yang aku harapkan dan aku doakan agar kejadian seperti ini tidak akan menjejaskan hidup aku seharian.