Wikipedia

Search results

Wednesday, April 22, 2015

This is Pantai Timur

Pada separuh akhir pertama Piala FA, Kelantan bakal bertemu dengan lawan dari pantai timur juga iaitu Pahang... Perlawanan ini dijangka sengit kerana pertemuan ini melibatkan 2 pasukan Pantai Timur.

Selain itu, perlawanan ini dijangka menarik kerana dalam pertemuan kali ini pasukan Pahang tidak akan menurunkan bekas pemain Kelantan dan juga pemain utama Pahang iaitu Dicksin Nwakame kerana telah menerima beberapa kad amaran dan menyebabkan pemain ini tidak akan turun pada perlawanan separuh akhir pertama akan datang.

Kelantan ke separuh akhir lagi...

22 April 2015. Kelantan sekali lagi melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA 2015. Dalam keadaan yang terumbang-ambing dalam Liga Super, Kelantan masih mampu berada dalam kelompok 4 terbaik dalam Piala FA.

Ini berbeza dengan 4 pasukan teratas liga super sekarang kerana tiada satu pun yang mampu melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Selain dari Kelantan, tiga pasukan lain yang mampu melangkah ke peringkat separuh akhir ialah Pahang, Terengganu dan Lion Twelve. Menunjukkan kemampuan pasukan Pantai Timur masih mampu menunjuk taring dalam persaingan pada tahun 2015 ini.

Pada perlawanan kedua suku akhir yang lalu, Kelantan telah mengalahkan pasukan Sime Darby 3 gol tanpa balas. Antara penyumbang gol Kelantan pada malam tersebut ialah Kapten pasukan Piya (penalti), Amutu dan Carillo.

Dalam perlawanan tersebut juga, pasukan Kelantan telah menunjukkan peningkatan permainan amat ketara berbanding perlawanan liga menentang pasukan JDT di tempat lawan. Ini mungkin disebabkan suntikan semangat yang telah diberi oleh Tan Sri Anuar Musa dan jurulatih Azrai Khor sebelum perlawanan serta aksi pantan pemain import baru Kelantan.

Diharapkan peningkatan pasukan Kelantan dapat dijelmakan lagi dalam perlawanan seterusnya ketikan menentang pasukan Lembah Klang iaitu Selangor yang kini berada di persada liga super pada sabtu ini 25 April 2015. Sekian.

HDD Atau SSD?

Kesemua pengguna yang ingin memiliki peranti (komputer riba, desktop, netbook dan sebaginya) bagi memenuhi keperluan pengkomputeran mereka perlu membuat pilihan tepat sama ada memilih Hard Disk Drive (HDD) atau Solid State Drive (SSD) sebagai komponen storan.

Kedua–duanya bertindak sebagai storan dalaman untuk sesebuah peranti, ia memiliki kebaikan dan keburukan yang tersendiri dengan teknologi yang diimplementasikan kepadanya. Tetapi, ia masih tetap tertakluk kepada keperluan pengkomputeran pengguna itu sendiri.

Hard Disk Drive (HDD)

HDD ialah komponen penyimpanan data konvensional yang digunakan untuk menyimpan dan mendapatkan semula maklumat digital yang berfungsi secara putaran pantas cakera (platters) pada lapisan magnetik.

Bekerja dengan mengekalkan data meskipun komputer ditutup, data pada HDD akan dapat dibaca dengan akses rawak yang mana data individu boleh disimpan atau dibuka dengan arahan, bukan secara berturut-turut.

Kepantasan HDD bekerja bergantung pada kelajuan putaran cakeranya. Tipikal pemacu komputer riba boleh berputar pada kelajuan 5400RPM (Revolusi per Minit) atau 7200RPM. Sesetengah cakera yang berasaskan pelayan pula mampu berputar mencecah 15,000RPM. 

Kedua-dua faktor bentuk biasa bagi HDD moden ialah 3.5 inci bagi desktop dan 2.5 inci bagi komputer riba. HDD disambungkan kepada sistem antara kabel antara muka standard seperti SATA (Serial ATA), USB atau kabel SAS (Serial attached SCSI).

Pro dan kontra

1.   Teknologi untuk HDD telah mencapai tempoh matang, yang mana ia lebih murah berbanding dengan pilihan storan yang lain.

2.   HDD juga boleh didapatkan dalam kapasiti yang agak tinggi juga sehingga mencecah 4TB data.

3.   Biasanya HDD disambungkan kepada sistem melalui antara muka SATA (Serial ATA) secara menyeluruh, jadi storan ini tidak memerlukan apa-apa perisian khas untuk bekerja dengan efisien dengan sistem operasi semasa.

4.   Secara teknikalnya, HDD tidak berprestasi seperti SSD atau SSHD dalam beberapa keadaan. Kini, HDD boleh membaca dan menulis data lebih daripada 200MB per saat dengan masa akses sub-8ms, lebih perlahan berbanding SSD biasa. Teorinya pula mudah, lebih cepat putaranplatter, lebih pantas prestasi HDD tersebut.

Solid State Drive (SSD)

SSD yang juga dikenali sebagai solid-state disk atau cakera elektronik tidak memiliki cakera dalam apa jua bentuk atau pun motor sebagai pemacu. Ia bertindak sebagai alat penyimpanan data dengan menggunakan pemasangan litar bersepadu sebagai memori untuk penyimpanan data berterusan.

Teknologi SSD ini menggunakan keserasian antara muka elektronik dengan blok input/output tradisional daripada HDD. Perbezaan ketara daripada HDD ialah melalui pergerakannya yang tidak berlandaskan komponen mekanikal.  

Berbanding dengan cakera elekro-mekanikal, SSD lebih tahan kejutan fizikal, bekerja dengan lebih senyap, masa akses lebih singkat dan kurang kependaman. Banyak SSD menggunakan antara muka I/O yang sama dengan HDD, sekali gus membolehkan penggantian mudah dalam aplikasi yang sama. 

Pro dan kontra

1.   Reka bentuk yang non-mekanikal pada SSD menjadikan lebih tahan kejutan sehingga 1500g/0.5ms. Dengan tiada bahagian yang bergerak, SSD lebih senyap dan tidak mengganggu pengalaman pengkomputeran anda.

2.   SSD memiliki prestasi 100 kali lebih baik berbanding HDD meliputi akses data serta-merta serta pemindahan fail yang pantas.

3.   Kurang menggunakan kuasa terutamanya apabila melibatkan penggunaan optimum dengan kurang daripada 2W. Kebolehan tersebut menjadikan persekitaran pengkomputeran lebih sejuk serta pengeluaran haba kurang ketara.

4.   Setara dengan kebolehannya, SSD boleh didapatkan pada kadar harga yang agak mahal ketika ini. Tetapi, ia masih menawarkan penjimatan kos jangka masa panjang apabila melibatkan penggunaan tenaga yang rendah dan produktiviti yang lebih tinggi.

Manakah Lebih Baik?

HDD memiliki kesesuaian bagi pengguna yang memerlukan storan penyimpanan dalam kapasiti yang besar tetapi tidak terlalu mengambil berat berkaitan prestasi sistem terutamanya ketika saat-saat genting.

Selain itu, kelajuan pemindahan data besar akan menjadi masalah jika urusan tersebut dilakukan secara sekali gus. Jika anda pengguna yang hanya menggunakan komputer hanya untuk melayari web, membaca e-mel, bekerja dengan dokumen asas, dan sebagainya HDD sesuai untuk anda. 

SSD pula sesuai untuk pengguna PC yang sentiasa mencari prestasi pengkomputeran yang tinggi. Tetapi, anda perlu bersedia dengan sejumlah wang untuk dibelanjakan untuk mendapatkan SSD dan hard drive berkapasiti tinggi.

SSD boleh bekerja dengan baik di samping sistem operasi (OS) dan aplikasi yang kerap digunakan manakala hard drive boleh mengendalikan tugasan penyimpanan data-data besar. Jika kena pada caranya, gabungan ini akan memberikan pendekatan yang berprestasi tinggi dengan minimum kompromi.

EKSTRA : Solid State Hybrid Drive (SSHD)

Menggunakan teknologi yang hampir serupa, SSHD menggabungkan ciri-ciri yang ada pada SSD dan HDD dalam unit yang sama. Penyelesaian ini menggabungkan NAND Flash, memori SSD dalam kerangka HDD.

Dalam satu peranti bersepadu, kombinasi ini mampu untuk meningkatkan lagi prestasi data yang kerap diakses oleh pengguna. Teknologi ini juga menyediakan kepada pengguna prestasi yang lebih seimbang dengan ketersediaan untuk penyimpanan berkapasiti tinggi yang selaras dengan prestasi semasa peranti


Apa itu Triangulation Wi-Fi ?



Sudah pasti anda sedia maklum dengan penggunaan Global Positioning System (GPS) yang digembar-gemburkan mampu menyelesaikan masalah berkaitan penjejakan lokasi. Ia mungkin ada benarnya. Tetapi,  kadang-kala ketepatannya lokasinya turut sedikit diragui dengan masalah-masalah kecil yang timbul. Secara tidak langsung, penggunaannya secara tunggal hampir menjadikannya semakin kurang relevan pada era kini.

Istilah tilik nasib adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi, bagaimana pula dengan ‘tilik lokasi’? Sudah tentulah anda mampu, tetapi mesti dengan bantuan perangkaan sistem teknologi hari ini. Realitinya, potensi teknologi penjejakan carian lokasi ini semakin berkembang setelah mulai menjadi permintaan utama golongan pengguna peranti mudah alih sejagat. 

Teknologi triangulation wi-fi.

Tepat tidak kira di luar atau pun dalam bangunan, teknologi ini mempunyai kelebihan di kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi. Hal ini kerana ia akan berfungsi dengan ketepatan koordinat yang lebih jitu apabila satu atau lebih wi-fi boleh didapati di kawasan anda. 

Jika lokasi wi-fi terkini anda disimpan dalam pangkalan data gergasi pengeluar peranti anda seperti Apple Inc, anda memang bernasib baik. Secara automatik peranti anda akan menghubungi pembekal khidmat. Setelah menganalisis butiran wi-fi dalam beberapa saat, koordinat akan dihantar kepada anda secara percuma. Hasil akhirnya amat memuaskan dengan koordinat yang sangat tepat.

Adaptasi pembangunan

Teknologi triangulation wi-fi ini mengambil kesempatan adaptasi atas platform perkembangan beratus-ratus juta titik akses Wi-Fi kawasan berpenduduk di seluruh dunia. Fungsinya lebih kepada menghidu rangkaian wi-fi yang berada dalam lingkungan jarak pengguna peranti.

Setelah itu, sistem ini akan mengukur kekuatan isyarat dan membandingkan keputusannya dengan pangkalan data utama. Peranti anda sebenarnya tidak menyambung atau menggunakan mana-mana hotspot wi-fi ini tetapi hanya mengimbas dan mengukur faktor-faktor yang berkaitan yang digunakan untuk pencarian pangkalan data.

Bukan baru

Sebenarnya, teknologi ini bukan lagi baru dalam teknologi sistem pembangunan koordinasi pemetaan dunia. Cuma baru-baru ini percambahannya telah sedikit mendadak dengan pembangunan aplikasi pencarian lokasi serta pertambahan telefon pintar yang menggunakan teknologi ini.

Sudah tentu ada yang tidak sedar. Apple dengan pembangunan perantinya seperti iPhone dan iPod Touch sudah lama menggunakan teknologi ini sebagai asas. Begitu dengan Dell, Samsung, Lenovo, Sony dan sebilangan besar lagi jenama yang menjadikannya sebagai aplikasi pemantapan peranti dari segi keselamatan dan penggunaan tambahan sistem kedudukan lokasi.

Melihatkan aspek ini, sudah pasti teknologi ini akan terus berkembang menjadi sesuatu yang wajib dalam peranti yang dimiliki pengguna. Kolaborasinya dengan sistem pencarian kedudukan lain seperti GPS, A-GPS, menara triangulasi selular, GSM dan lain-lain saling melengkapi seterusnya menghasilkan teknologi tanpa wayar canggih dengan ketepatan boleh mencecah 100%. 

Skyhook Wireless

Skyhook Wireless adalah antara salah sebuah syarikat terkenal yang membangunkan teknologi bagi menentukan lokasi geografi menggunakan Wi-Fi sebagai sistem rujukan asas. Sistem Penentu Kedudukan WPS Skyhook Wi-Fi tersedia dengan pusat akses wayarles dan algoritma proprietari berkesan menentukan kedudukan peranti mudah alih dalam jangkauan 10 hingga 20 meter.

Selain dari itu, ia menyediakan perkhidmatan yang sama seperti GPS tanpa memerlukan aksesori tambahan dan benaman perkakasan GPS pada peranti. Kebolehannya sistem ini juga turut diperakui dengan mampu mengintegrasikan peranti GPS sebagai platform penyediaan kedudukan hibrid.

Bagi memastikan ketepatan lokasi dapat memuaskan hati pelanggannya, pangkalan data Skyhook dikumpul melalui proses wardriving, yang merangkumi lebih daripada 250 juta titik akses wi-fi yang meliputi 70 peratus dari pusat-pusat penduduk di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah Barat dan negara-negara Asia yang terpilih.

Profilnya turut bukan calang-calang kerana syarikat ini juga merupakan pemberi perkhidmatan kepada pengeluar peranti gergasi dunia untuk kemas kini produk-produk baru mereka. Ia termasuklah Apple Inc, Symantec, Samsung, Intel, Sony dan lain-lain

Peranti komputer dari intel.


Dengan hanya saiz sebesar sebiji pen drive / pemacu cakera. Alat yang telah di cipta oleh Intel ini akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Jika digabungkan dengan tetikus dan papan kekunci jenis Logitech (K400 @ K830), mampu mengubah televisyen anda menjadi sebuah televisyen canggih dan anda mampu menjadikan ia sebuah komputer lengkap.

Anda boleh membawa peranti ini kemana sahaja destinasi anda tanpa perlu membawa sebuah laptop atau komputer meja.

Ciri-ciri komputer:

Pengiraan Stick sendiri datang dalam dua jenis. Yang versi paling popular ialah versi pricier iaitu 32-bit Windows 8.1 dengan Bing. Intel quad-core Atom Z3735F, 2GB DDR3 / 1333 dan memori 32GB penyimpanan EMMC, ditambah 802.11n bersepadu dan Bluetooth 4.0. Intel tidak mendedahkan senarai harga rasmi, tetapi ia dijangka dijual dengan harga US$ 150.

Versi Ubuntu Linux akan memotong memori utama hingga 1GB dan ruang penyimpanan akan menurun hingga 8GB. Memberikan peranti kekuatan, penjimatan sehingga US$ 40, kerana ia dijangka akan dijual dengan harga US$ 110.

Oleh kerana ia tidak kelihatan seperti perbezaan $ 40 boleh dikaitkan hanya kepada RAM dan EMMC, saya bertanya Intel jika kos OS adalah satu faktor. Windows 8.1 secara teknikal "percuma" pada tablet dengan skrin di bawah 8 inci, tetapi tidak ada pada skrin pengiraan Stick. Tidak Intel atau Microsoft akan mengulas mengenai harga OS untuk kelas baru peranti ini, jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya sama ada kayu screenless akan layak untuk menang.

Dalam port, anda akan mendapat satu USB 2.0, slot MicroSD diberi nilai bekerja dengan kad 128GB, dan sebuah pelabuhan microUSB digunakan untuk memberi kuasa. Intel memberikan anda biasa 2-amp dinding ketuat dengan port USB pada ia. Penggunaan kuasa keseluruhan adalah hebat: The pengiraan Stick biasanya dimakan separuh penguat digunakan dan jarang pancang sehingga 1.5 amp. Ini bermakna anda boleh mendapatkan anda mengira anda di dalam 2.5 watt kuasa, iaitu mungkin sehingga makan telefon anda semasa ia dicas. Jangan berharap untuk menggunakan mana-mana dinding ketuat lama, walaupun: Saya cuba pengecas Apple iPhone sebagai sumber kuasa dan disambut dengan but semula. A generik unit dua watt berbuat baik, walaupun.